Pembaca Tegar

THE HAPPINESS

Published 24 January 2015 at 7:57 pm ¦ Written by

Assalamualaikum, lama dah tak update blog kan ? Sorry ler, ingat cuti ni takda la busy, rupanya busy je memanjang.

Actually, cuti ni Zul ambil lesen memandu untuk kereta. Tu yang jadi pelajar sekejap tu. Seminggu lepas, kena duduk bilik kuliah. Bukannya tak lama, 5 jam tu. Masa dengar ceramah tu, perut ni asyik lapar je. Pastu habis je kuliah, rasa bahagia sangat. Macam bebas dari tahanan, yela kan. Dalam tu, tak boleh main gadget. Tak tenang aku, phone asyik vibrate je.

So hari ni, tibalah masanya aku ambil ujian komputer. Dia punya nervous macam ambil SPM, seriously. Nak tercabut jantung aku dibuatnya, bukan sebab apa. Takut gagal kan, nak mengulang bukannya murah..


Masa aku tiba sana, dalam jam 9 rasanya. Pastu, aku tunggu giliran la kan. Tak la berapa lama, dalam 40 minit je. Waktu giliran aku tiba, tiba-tiba nervous aku hilang. Pastu selamba je aku duduk kat komputer tu, then jawab pastu dah habis jawab, blah.. Dalam hati aku, "eh cepatnya aku siap", sebab orang yang sama-sama masuk tu masih menjawab.

Masa aku tekan tu, nervous tu datang kejap tapi aku cepat-cepat tekan "Semak". Pastu, dapat 48/50. Automatik keluar macam boss. Orang lain, masih menjawab, kita dah keluar. Memang selalu kuar perasan macam ni. Ok la Zul out dulu, ada urusan sikit ni :) Good day u all

Project ARA

Published 18 January 2015 at 7:44 am ¦ Written by

Assalamualaikum, rindu ke? Fuh, dah lama tak buat post la. Baru hari ni ada keringanan buat post. Okay, sekarang ni mesti semua dah ada Android kan ? Semakin lama pakai, semakin best ke ? Semakin kurang best ? Mestilah kurang best kan ? Makin hari, makin maju smartphone ni kan ? Semakin tinggi specification sesebuah smartphones tu. Menyampah pun ada la, iri hati dengan kawan yang ada smartphones yang latest.

Tapi, ahaa. Ni berita gembira. Now, we can build our own smartphones dengan custom specification. Google dah memperkenalkan "Project ARA". Project ARA ni suatu blok phone with open hardware.


Dah tengok video kat atas ni ? Kalau dah, Zul pasti korang dah paham macam mana phoneblok ni berfungsi kan ? Sebenarnya, mula-mula project ni diperkenalkan sebab untuk prevent pencemaran dalam industri. Banyak bahan elektronik yang dibuang bila dah outdated.

Zul dah mula jatuh cinta kat phone macam ni, korang pula bagaimana ? Mestilah best kan bila kita nak upgrade phone dengan kos murah iaitu perlu beli blok yang kita nak upgrade je. Kalau nak upgrade camera, kita beli la blok camera. Best gilaaa.




Okay la, Zul nak gerak dulu. Cuti ni, busy je memanjang. Maklumla, dah banyak project yang Zul buat ni. Hope korang boleh la share benda baik ni kepada kawan-kawan anda yang tak berapa berduit ni, takda la membazir sangat kan? Kalau nak tunggu iphone turun harga, it takes forever la.