Assalamualaikum..
Mood dalam masa 2-3 hari ni asyik down je, nak tau kenapa ? Internet down ler. Pedahal kerja masih banyak lagi, maklum la zaman sekarang ni, takda lagi duduk berpayung-payung bawah matahari promote produk. Sekarang semua online, bisnis boleh jalan.
Bukan marah sebab internet down, tapi kalau nak down kenapa only certain user je yang kena ? Ni yang marah ni, ada juga diantara kawan Zul yang boleh surfing. Sekarang ni pun, tengah guna internet kat mobile ni, nasib baik la unlimited tapi speed agak mengecewakan. Kalau tak, memang dah memberontak Zul kat ruma ni.
Sorry eh post takda gambar, penat pula nak search and save...
Rasanya,korang mengamuk tak kalau internet down, tiba-tiba ada customer nak beli ke, nak modify ke, tapi internet down, nak guna yang kat mobile ni. Ntah berapa kurun la "loading" tu nak habis. Tapi sekarang ni, persoalannya, sampai bilakah Zul akan terus hidup macam ni ? Dah tak sanggup menderita. Ohhhhhh...
K bye ♥
Internet DOWN!
THE HAPPINESS
Assalamualaikum, lama dah tak update blog kan ? Sorry ler, ingat cuti ni takda la busy, rupanya busy je memanjang.
Actually, cuti ni Zul ambil lesen memandu untuk kereta. Tu yang jadi pelajar sekejap tu. Seminggu lepas, kena duduk bilik kuliah. Bukannya tak lama, 5 jam tu. Masa dengar ceramah tu, perut ni asyik lapar je. Pastu habis je kuliah, rasa bahagia sangat. Macam bebas dari tahanan, yela kan. Dalam tu, tak boleh main gadget. Tak tenang aku, phone asyik vibrate je.
So hari ni, tibalah masanya aku ambil ujian komputer. Dia punya nervous macam ambil SPM, seriously. Nak tercabut jantung aku dibuatnya, bukan sebab apa. Takut gagal kan, nak mengulang bukannya murah..
Masa aku tekan tu, nervous tu datang kejap tapi aku cepat-cepat tekan "Semak". Pastu, dapat 48/50. Automatik keluar macam boss. Orang lain, masih menjawab, kita dah keluar. Memang selalu kuar perasan macam ni. Ok la Zul out dulu, ada urusan sikit ni :) Good day u all
Project ARA
Assalamualaikum, rindu ke? Fuh, dah lama tak buat post la. Baru hari ni ada keringanan buat post. Okay, sekarang ni mesti semua dah ada Android kan ? Semakin lama pakai, semakin best ke ? Semakin kurang best ? Mestilah kurang best kan ? Makin hari, makin maju smartphone ni kan ? Semakin tinggi specification sesebuah smartphones tu. Menyampah pun ada la, iri hati dengan kawan yang ada smartphones yang latest.
Tapi, ahaa. Ni berita gembira. Now, we can build our own smartphones dengan custom specification. Google dah memperkenalkan "Project ARA". Project ARA ni suatu blok phone with open hardware.
LA ILLA HA ILLALLAH
Hakikat kalimah LA ILLA HA ILLALLAH adalah kita mengeluarkan kebesaran makhluk dan memasukan kebesaran Allah dalam hati kita. Kita mau meyakini bahawa Allah SWT yang berkuasa dan makhluk langsung tiada kuasa.
Allah uji Nabi Musa AS, untuk kali kedua dengan sakit perut tapi pada kali ini, Nabi Musa AS terus pergi ke pohon tersebut dan makan daunnya, tapi sakit perut tidak hilang. Nabi Musa AS, bertanya kepada Allah SWT, "Ya Allah, kenapa sakit perut ku tidak hilang setelah makan daun ini ?" dan Allah menjawab, "Pada kali pertama, kamu pergi kepada ku, dan mengadu. Tapi kali ini kau tidak pergi kepada ku, dan terus pergi kepada asbab".
Allah maha berkuasa, Allah bagi sakit, Allah juga yang bagi sihat. Dalam kehinaan, Allah berikan kemuliaan. Contohnya, Raja Namrud, yang dimuliakan oleh semua rakyatnya, akhirnya tewas akibat seekor nyamuk.
3 Perkara cara mendapatkan kalimah ini,
-Dakwah kepada orang lain tentang kepentingan dan kelebihan La Illa Ha Illallah
-Gunakan 4 pancaindera, iaitu mata untuk melihat, mulut untuk bercakap, akal untuk berfikir, telingga untuk mendengar tentang kebesaran Allah SWT.
-Doa kepada Allah SWT agar hakikat kalimah ini masuk dalam hati kita.
Kelebihannya :
-Siapa yang mengucap kalimah LA ILLA HA ILLALLAH akhir kalamnya, maka wajib syurga baginya.
-Barangsiapa membawa iman sebesar Zarah kepada Allah SWT, maka Allah SWT akan memberikan syurga seluas 10 kali dunia.
18+ FREE DOMAIN (.MY)
Assalamualaikum, dah lama dah Zul tak update blog. Hehe,
Zul update blog ni bukan apa, saja nak share domain free untuk blogger-blogger tegar diluar sana.
Mudah je syaratnya,
-Warganegara
-Berumur 18 tahun ke atas.
Macam mana nak dapat ?
Relek dulu, sabar. Sabar,
1. Masuk kat link ni, >sini<
2. Pastu, masukan nombor siri "MBT1001" atau "MBT1002"
3. Pilih nama domain anda, pastikan available la. Boleh guna domain checker yang ada kat Google.
4. Selesai.
Mudah je kan ?
Zul pun sekarang da ada domain tau, www.zulfaqar.my




