Assalamualaikum.
Setelah sekian lama meninggalkan sekolah, aku mula teringat kenangan-kenangan silam semasa keberadaan ku di sekolah.
La sangat, baru je 2 hari tinggalkan sekolah, tapi hati dah rasa rindu nak jumpa classmate. Uwaaa, sedih la juga. Memandangkan 2 hari ni aku bosan sangat. Jadi aku nak ambil sedikit masa untuk describe pasal korang eh ? Boleh kan ?
Kita mula dengan siapa eh ? Siapa yang nak dulu ? Hahaha... Aku mula dengan orang paling rapat dengan aku la and off course mula dengan lelaki dulu. Senang nak describe sikit.
|
Brotherhood |
Ahaa, itu dia. Kenal ngan jejaka ni ? Muka dia ni macam baik kan ? Tapi perangai, teruk.. Takdela joke je. Actually, ni best friend dari form 1. Dimana ada dia, disitu ada aku. Tapi masa zaman sekolah rendah dulu. Perh, gua ni dah jadi tukang buli kat budak ni. Alhamdulillah, naik je sekolah menengah jadi best friend. Kalau dah takdir jadi best friend, memang jadi best friend juga le. Aku kagum la dengan kemahiran yang ada kat dia ni, otak dia genius beb, idea memang top tapi dia ni tak tau macam mana nak jayakan idea dia tu. Kadang-kadang, ada la juga aku tolong jayakan idea dia sikit. Sehh, nak jadi hero la pula. Walaupun dah banyak kali conflict, ada yang melibatkan perempuan, projek 5 juta, salah faham tapi kami tetap bersama. Happy together. Dia sekarang dah happy, tak lagi macam zaman dulu atau lebih dikenali sebagai zaman gelap.
|
Kumbang Tai aka Paipai |
Aku kenal budak ni masa form 2. Masa tu kelas aku, sunyi gila. Takde kawan sekepala kat situ, bila ada je budak ni, kecoh gila kelas. Yang dulunya baik, mula la jadi nakal, yang dulunya duduk diam dah pandai lompat sana, lompat sini. Bila aku planning nak buat kerja jahat, memang aku plan ngan dia ni dulu tapi dia ni kadang-kadang dia ni pandai betray orang la. Planning jahat aku kerap kali kantoi sebab dia ni. Dulu budak ni paling rendah, tapi sekarang paling tinggi pula. Rasanya main steroid ni, hahaa. Gurau je. Kalau nak kata slim, boleh la slim budak ni.
|
Ijaz atau ? Piglet kot |
Gelaran "Piglet" ni kalau tak silap, seseorang classmate yang bagi. Mana taknya, kalau hari-hari kena buli tapi jangan salah faham pula, bukannya yang buli sampai bengkak / berdarah sana sini. Cuma usik-usik sikit je, especially perempuan. Dia ni memang tak senang kalau tak ganggu orang dalam sehari, mesti ada je. Ijaz ni minat act like professional, jadi pakar motivasi kepada orang lain. Aku pun pernah kena ceramah ngan dia ni, semua nasihat-nasihat dia aku jadikan tauladan sehingga aku berjaya menjadi seseorang yang berjaya. Dia ni rasanya, kaki COC. Walaupun SPM, bukan penghalang untuk dia main COC. Setiap masa COC, walau dimana jua. Beliau juga mempunyai bakat terpendam untuk menjadi photographer, setiap kali ambil gambar memang perfect. Boleh la cari Ijaz ni kalau nanti manatau aku nak kahwin kan..
|
Al-Lando aka Model |
Kisah al-Lando pernah diceritakan oleh seorang sahabat aku, berambut afro, berotot, berjambang, dan berbulu di telinga. Rupanya, cerita itu hanyalah bohong semata-mata. Inilah cerita sebenarnya, dia ni kalau kat kelas, hari-hari buat muka annoying. Kalau aku ada mood, aku balas balik dengan muka yang lagi annoying tapi kalau takda mood, aku bagi je penampa. Walaupun begitu, dia ni la tempat minta nasihat dalam agama, percintaan. Kalau aku, aku panggil dia ni, "hotspot bergerak". Kenapa ? Sebab dimana-mana je, plan internet dia tak pernah mati. Jadi, aku yang takde duit nak beli plan internet ni, tumpang je internet dia. Orang kat atas ni memang hensem, awek bersusun kat lutut, HP tak pernah silent, ada je whatapps masuk. Kalau aku, nak tunggu 10 tahun baru ada sms masuk, tu pon dari DiGi. Aku yakin, kalau dia kahwin, mesti 4 slot tu full.
|
Ridzqin aka Eqin aka Eqin Gatar 1000 |
Jangan pandang lama-lama, nanti terpikat pula dengan kawan aku yang kacak lagi bergaya ni. Dulu-dulu, aku ingat dia ni ganas, kalau dia tak senyum, rupa memang ganas tapi mujur dalam gambar ni senyum je, manis je. Nampak tak body dia ? Nasib dia pakai baju, kalau dia buka, otot everywhere bro. Kalau main gym, mesti boleh jadi Sazali Samad ni. Diantara classmate aku yang hensem, dia ni yang terhensem. Aku ? Aku duduk yang last sekali boleh la. Walaupun muka poyo macam ni, tapi boleh main drum, eh drum pula.. Kompang bah. Ada ciri-ciri lelaki sejati yang mempertahankan budaya warisan melayu. Kalau dia main kompang, orang yang tengah tidur pon bangun. Kalau kat dewan, bergegar. Beberapa kali telah mengetuai mengharumkan nama sekolah. Aku harap aku ada la bakat macam dia ni, manatau satu hari nanti kan.
|
Adib aka Penceramah |
Siapakah wajah-wajah yang seiras macam Shahrukh Khan di sebelah kanan tu ? Adakah dia ialah Shahrukh Khan ? Jawapannya, bukan. Itu adalah sahabat saya, sekampung dengan saya juga. Mesti tertanya-tanya kenapa gambar tak letak gambar dia solo ? Dia ni jenis yang jarang ambil gambar solo. Kalau dari segi penilaian aku, dia ni takda bakat jadi model tapi boleh jadi pelakon. Ciri-ciri memang sama dengan Shahrukh Khan. Dia ni jenis yang tak statik, kadang-kadang baik, jahat, merajuk (mungkin tidak) , pendiam, kaki bising, penceramah tapi semua itu tidak pernah menjadi satu alasan untuk memutuskan silaturahim antara kami semua. Hati-hati, dia ni ramai kenalan perempuan, HP tak pernah silent, mesti ada masuk je message. Nasihat aku untuk dia, teruskanlah perjuangan mu dalam bidang industri tanah air. Hahahaha,
|
Azfi |
Masa kat sekolah, aku tak rapat sangat ngan Azfi ni, tapi aku memang kagum la dengan dia ni. Kalau kat kelas, rasanya hampir setiap hari tidur, tapi exam result mantap. Masa ambil SPM, dia ni memang style yang keluar awal dari dewan. Amazing laa, rasanya dia belajar malam ni, tu yang tak cukup tidur kat kelas tu. Dia ni memang yang jenis suka bersukan ni, masa main volleyball tu terserlah ketajaman servis dia ni, phew.
The END ---
Actually, ada 2 orang lagi classmate lelaki ni. Tapi memandangkan aku tak berapa rapat & takda koleksi gambar mereka, jadi tak dapat la describe apa-apa. Kalau ada classmate yang menyimpan gambar mereka, bagi kat aku eh. Aku nak describe juga!
Mana perempuan? Perempuan nanti, biar lelaki dulu. Biar kita pisahkan lelaki dan perempuan, baru lawa sikit. Pedahal, kat atas dah ada gambar perempuan. Bersabarlah wahai kaum hawa. Nanti tiba turn kamu. Rileks~
Thank u so much ♥~
0 comments:
Post a Comment