Pembaca Tegar

'Steins;Gate' : Review

Published 28 November 2014 at 11:28 am ¦ Written by


Hi korang, cuti ini mesti nak cerita best kan ? Aku ada afew cerita yang agak merangsangkan. Salah satunya ialah yang ni. Aku ni jenis yang pantang tengok video yang tak HD macam 360p, 480p. Selalunya aku layan 720p/1080p je. Yang ni, cerita science fiction pasal time machine. Cerita ni ada 25 episode + 1 OVA(Original Video Animation). Nak cerita sikit pasal movie ni..

Awalnya, aku tengok movie ni memang aku tak paham, sebab movie flow dia memang slow. Pastu aku tabahkan jiwa untuk tengok lagi sampai episode 6. Masa ni, aku dah macam makin tertarik dengan movie ni. Movie ni mengisahkan tentang seorang scientist yang berjaya discover time machine, Okabe Rintarou. Dia ada seorang rakan yang dia dah anggap macam adik sendiri, Mayuri & seorang pakar komputer, Daru. Diorang ni bekerjasama nak cipta alatan baru di makmal diorang. Kadang-kadang alatan yang diorang cipta ni, menda-menda yang mengarut.

Tapi tibanya hari dimana dia tengok seseorang terbunuh, iaitu Kurisu. Dia hantar pesanan ringkas (SMS) kepada rakannya, Daru yang masa tu tengah menyimpan telefonnya kat Microwave. Start dari hari tu, semua berubah dan diorang berjaya discover sebuah Microwave yang boleh hantar pesanan ringkas ke masa lalu.

Hari demi hari, member diorang makin banyak. Daripada 3, jadi 8 orang semuanya. Dengan bantuan Kurisu, mereka berjaya mencipta mesin masa. Tetapi dunia menghadapi bencana pada masa hadapan dan cubaan membunuh mereka dari masa hadapan dibuat oleh persatuan yang bernama SERN.

Untuk cerita yang lebih lanjut. Korang tengok la sendiri k ? Nak kata best, memang best. Kita rasa macam kita ni ada ilham nak mencipta mesin masa walaupun itu hanya khayalan.

Mayuri, Okabe, Daru

Okabe Rintarou

Okabe, Kurisu

Makise Kurisu

Daru, Okabee, Kurisu

0 comments:

Post a Comment