Pembaca Tegar

LA ILLA HA ILLALLAH

Published 30 December 2014 at 9:01 am ¦ Written by


Hakikat kalimah LA ILLA HA ILLALLAH adalah kita mengeluarkan kebesaran makhluk dan memasukan kebesaran Allah dalam hati kita. Kita mau meyakini bahawa Allah SWT yang berkuasa dan makhluk langsung tiada kuasa.

Kisah Nabi Musa AS, ketika sakit perut. Nabi Musa AS, mengadu kepada Allah SWT, "Ya Allah, aku sakit perut", Lalu Allah menyuruh Nabi Musa AS untuk pergi ke suatu pohon, dan makan daunnya. Setelah berbuat demikian, sakit perut hilang.

Allah uji Nabi Musa AS, untuk kali kedua dengan sakit perut tapi pada kali ini, Nabi Musa AS terus pergi ke pohon tersebut dan makan daunnya, tapi sakit perut tidak hilang. Nabi Musa AS, bertanya kepada Allah SWT, "Ya Allah, kenapa sakit perut ku tidak hilang setelah makan daun ini ?" dan Allah menjawab, "Pada kali pertama, kamu pergi kepada ku, dan mengadu. Tapi kali ini kau tidak pergi kepada ku, dan terus pergi kepada asbab".

Allah maha berkuasa, Allah bagi sakit, Allah juga yang bagi sihat. Dalam kehinaan, Allah berikan kemuliaan. Contohnya, Raja Namrud, yang dimuliakan oleh semua rakyatnya, akhirnya tewas akibat seekor nyamuk.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Perbaharuilah iman kamu. Para Sahabat bertanya; Wahai Rasulullah SAW bagaimana kami memperbaharui iman kami? Baginda SAW bersabda: Perbanyakkanlah mengucap kalimah La ilaha illallah. (HR Ahmad, Tabrani dan at-Targhib)

3 Perkara cara mendapatkan kalimah ini,
-Dakwah kepada orang lain tentang kepentingan dan kelebihan La Illa Ha Illallah
-Gunakan 4 pancaindera, iaitu mata untuk melihat, mulut untuk bercakap, akal untuk berfikir, telingga untuk mendengar tentang kebesaran Allah SWT.
-Doa kepada Allah SWT agar hakikat kalimah ini masuk dalam hati kita.

Kelebihannya :
-Siapa yang mengucap kalimah LA ILLA HA ILLALLAH akhir kalamnya, maka wajib syurga baginya.
-Barangsiapa membawa iman sebesar Zarah kepada Allah SWT, maka Allah SWT akan memberikan syurga seluas 10 kali dunia.

18+ FREE DOMAIN (.MY)

Published 22 December 2014 at 7:09 pm ¦ Written by

Assalamualaikum, dah lama dah Zul tak update blog. Hehe,
Zul update blog ni bukan apa, saja nak share domain free untuk blogger-blogger tegar diluar sana.

Mudah je syaratnya,
-Warganegara
-Berumur 18 tahun ke atas.

Macam mana nak dapat ?
Relek dulu, sabar. Sabar,

1. Masuk kat link ni, >sini<
2. Pastu, masukan nombor siri "MBT1001" atau "MBT1002"
3. Pilih nama domain anda, pastikan available la. Boleh guna domain checker yang ada kat Google.
4. Selesai.

Mudah je kan ?
Zul pun sekarang da ada domain tau, www.zulfaqar.my


My phone

Published 07 December 2014 at 4:39 pm ¦ Written by


Assalamualaikum,

Mesti tertunggu-tunggu kan ? Zul dah janji nak buat 1 pasal review ROM yang Zul pasang kan ? Okay,

Actually, ROM yang Zul pakai kat hp ni adalah CyanogenMod atau lebih dikenali sebagai CM. Kalau yang dah biasa dengan Android tu, memang kenal ROM ni. Rom ni memang popular sebab banyak kelebihan kalau pakai rom ni.

Apa kelebihan CM ?
-Buang applikasi yang tidak penting.
-Dapat versi android yang terbaru.
-Lebih lancar
-Banyak lagi yang aku tak berapa tau

Apa feedback Zul dari menggunakan benda ni ?
Pertamanya, Zul rasa CM ni memang sangat light, atau ringan berbanding kalau Zul guna stock rom daripada Samsung. Yela, Zul ni kan tak berapa suka kalau banyak applikasi, kuat makan ram, hp Zul bukannya kuat sangat pun.

Masa guna ni, benda first Zul guna ialah Google Keyboard. Bukan apa, Google Keyboard ni dapat display emoticon dalam bentuk visual yang lebih lawa. Tapi malangnya, hanya untuk versi Android Kit Kat dan ke atas.

Pastu, dari segi performance memang nampak bezanya. Kalau dulu masa guna stock rom, memang ram dia makan habis dan storage baru je beberapa bulan dah full tahap kritikal. Sekarang, tak perlu risau lagi pasal semua tu.

Masa Zul multi-tasking, nampak sangat bezanya. Masa buat multi-tasking tu, takde la slow sangat macam kat stock rom sebab RAM dan banyak free. Tu yang dia lancar je.

Dari segi apps, banyak dah yang dah support. Kalau dulu masa guna Jelly Bean banyak applikasi Google yang tak boleh pakai, contohnya Google Launcher.

Screenshot :
Lockscreen

Panel

Notification Panel

About Phone

Android Kit Kat

Google Keyboard Emoticon

NOTE :
Sila pastikan ada technician bersama korang sebelum buat benda ni. Risk memang tinggi. Kedua, kadang-kadang ada ROM yang tak stable, still banyak bug. Contohnya, camera tak berfungsi, dan sebagainya. Ketiga, hati-hati bila flashing ROM. Kerap kali juga orang buat benda ni mengalami "Bootloop" tapi jangan risau, Bootloop ni takda kritikal sangat. Still boleh recover lagi ;D

Kepada orang-orang yang tiada pengetahuan tentang ini diharamkan untuk membuat kerja-kerja flashing ROM seperti yang Zul buat. Pastikan ada technician. Zul takkan bertanggungjawab atas sebarang perbuatan korang K? Risiko sendiri.

Android

Published at 11:32 am ¦ Written by

Assalamualaikum dan selamat pagi. Still pagi lagi ni kan ?

Hari ni, topik yang Zul nak share adalah mengenai Android. Mesti ramai dah tau kan apa benda Android yang Zul nak share ni ? Kalau ada lagi yang tak tau, takpa. Zul cerita sikit ye. Android ni adalah OS untuk smartphone based on Linux dan sekarang ni sedang dibangunkan oleh syarikat Google.

Newest Android Lollipop

Versi-versi Android :
Alpha (1.0)
Beta (1.1)
Cupcake (1.5)
Donut (1.6)
Eclair (2.0-2.1)
Froyo (2.2-2.2.3)
Gingerbread (2.3-2.3.7)
Honeycomb (3.0-3.2.6)
Ice Cream Sandwich (4.0-4.0.4)
Jelly Bean (4.1-4.3.1)
Kitkat (4.4-4.4.4)
Lollipop (5.0-5.0.1)

Haa, itu dia. Unik juga eh, guna alphabet untuk define nama untuk setiap versi. Bijak-bijak. Memandangkan update ni belum released untuk hp Zul, jadi tak boleh share apa-apa. Kalau nak tau juga, tekan sini, biar Zul tolong Google untuk korang. Dalam thread yang seterusnya, Zul nak review sikit pasal custom ROM yang Zul pasang kat hp Zul ni. Smooth la juga :P

Ok la, Zul nak keluar jap ni. Byee ♥ ~

It's just a dream

Published 03 December 2014 at 7:08 am ¦ Written by

Assalamualaikum pembaca-pembaca sekalian.


Apa korang rasa kalau kita termimpikan orang tu lebih dari 3 kali ye? Aku tak pasti dah berapa kali, yang penting dah lebih dah 3 kali...

Manusia yang dalam mimpi aku tu dah la tak sama jantina, pastu orang yang aku kenal pula. Aish, rasa terganggu la bila tidur termimpi-mimpi macam ni. Aku pun dah banyak kali tertanya-tanya, kenapa la minah tu asyik muncul je dalam mimpi aku ni ?

Aku kenal dia ada juga la dalam 2 tahun, Makhluk ciptaan Allah tu dah muncul dalam mimpi aku lebih 3 kali. Rasanya, dah 5 kali rasanya.
Subhanallah,

Asal bangun pagi je memang aku termenung sejenak, fikir-fikir balik apa yang aku mimpi tadi. Kadang-kadang pelik la juga situasi mimpi aku tu, kalau tiba-tiba terbangun. Aku cuba tidur balik nak tahu kesudahan mimpi tu.. Tak kesah berjaya ke tak.
Sampai malam tadi, aku still termimpi hamba Allah sorang ni. Pastu aku beranikan diri nak search kat google berkaitan dengan benda ni.

Aku ada jumpa beberapa point bila aku buat research kat google ni, tapi aku tak pasti betul atau tak. Wallahualam. Nak berkongsi sikit kat sini,

1) Orang yang kita mimpi akan memberikan sesuatu di masa akan datang.
Jadi aku fikir-fikir, apa yang dia nak bagi eh ? Apakah "sesuatu" tu ? Pastu blog tu kata, Travelling speed roh kita lebih laju dari kelajuan masa. Sebab itu kadang-kadang apa yang kita mimpi akan menjadi kenyataan. Hmmm, whatever la.

2) Ada ikatan yang kuat
Ikatan apa ni ? Ikatan dari segi apa ? Kimia ? Cakap pasal instinct. Adeh, mungkin betul dan mungkin juga tak. Ntah la.

3) Mungkin dia jodoh kita
Haaaa, ini yang aku tak berapa suka ni. Dulu minat kat perempuan tu, takda pula termimpi-mimpi macam ni. Buat kepala gua makin pusing. Tapi kalau dah jodoh tu, tak ke mana juga kan.

4) Dia pun fikirkan kita
Kalau ni, aku susah nak nafikan. Kena tanya tuan punya badan ni. Aku jumpa benda ni kat psychology facts.


Fakta kitaorang berkawan tu betul la. Tapi siapa dia dalam hidup aku, dan siapa aku dalam hidup dia sampai nak mimpi banyak kali tu. Mengarut je ni. Hahaha
Kadang-kadang aku fikir balik, teruja la juga. Wahh, dia tengah fikirkan aku.

Orang cakap kalau mimpi ni ada 2 berita. Satu baik, satu buruk. Aku berdoa supaya yang ni berita baik. Siapa nak terima berita buruk kan ? Haaa..
K la, nak sarapan. Kerja kat kebun tu masih belambak lagi..

Defrag your PC

Published 02 December 2014 at 11:03 pm ¦ Written by


Assalamualaikum.

Harini nak share pasal "Disk Defragmenter" yang selalu orang anggap remeh. Sebelum tu, aku nak terangkan sikit berkenaan benda ni. Tools ni sebenarnya sangat berkait rapat dengan hard disk atau cakera keras.
Kebanyakkan hard disk memang guna spinning block untuk menyimpan data dan disimpan dalam "block" yang berturutan. Apabila block-block ini terpisah, akan menyebabkan komputer kita slow kerana hard disk ambil masa untuk baca block yang terpisah tu. Jadi, tools ni akan susun balik block dalam keadaan yang sedia kala.


Perlu ke Disk Defragmenter ni ?
Maybe bila kita tak defrag, takde la slow sangat sampai nak mampos kan ? Takkan slow sangat ler, selagi tak kritikal. Kalau dah slow sangat tu, memang hard disk tu dah nazak la. Jadi jawapannya ya. Memang perlu, tapi kalau jenis yang tak rajin pasang pc tu, 3 bulan 1 kali pun jadi la.

Waktu-waktu diharamkan Disk Defragmenter.
Bila ? Apabila korang guna hard disk yang tak guna spinning block. Contohnya SSD atau lebih dikenali sebagai Solid-State drive. Ni sebab, hard disk jenis macam ni tak guna block untuk simpan data, dia simpan guna semi-conductor. Jadi maknanya, data tak akan scattered walaupun tak defrag.

Hal yang berkaitan dengan topik ini,
HDD vs SSD
How SSD works

Finally, December has arrived!

Published 01 December 2014 at 9:36 am ¦ Written by