Home » Defrag your PC
Defrag your PC
Published 02 December 2014
at
11:03 pm
¦ Written by
Pg Zulfaqar
Assalamualaikum.
Harini nak share pasal "Disk Defragmenter" yang selalu orang anggap remeh. Sebelum tu, aku nak terangkan sikit berkenaan benda ni. Tools ni sebenarnya sangat berkait rapat dengan hard disk atau cakera keras.
Kebanyakkan hard disk memang guna spinning block untuk menyimpan data dan disimpan dalam "block" yang berturutan. Apabila block-block ini terpisah, akan menyebabkan komputer kita slow kerana hard disk ambil masa untuk baca block yang terpisah tu. Jadi, tools ni akan susun balik block dalam keadaan yang sedia kala.
Perlu ke Disk Defragmenter ni ?
Maybe bila kita tak defrag, takde la slow sangat sampai nak mampos kan ? Takkan slow sangat ler, selagi tak kritikal. Kalau dah slow sangat tu, memang hard disk tu dah nazak la. Jadi jawapannya ya. Memang perlu, tapi kalau jenis yang tak rajin pasang pc tu, 3 bulan 1 kali pun jadi la.
Waktu-waktu diharamkan Disk Defragmenter.
Bila ? Apabila korang guna hard disk yang tak guna spinning block. Contohnya SSD atau lebih dikenali sebagai Solid-State drive. Ni sebab, hard disk jenis macam ni tak guna block untuk simpan data, dia simpan guna semi-conductor. Jadi maknanya, data tak akan scattered walaupun tak defrag.
Hal yang berkaitan dengan topik ini,
HDD vs SSD
How SSD works
0 comments:
Post a Comment