Assalamualaikum,
Mesti tertunggu-tunggu kan ? Zul dah janji nak buat 1 pasal review ROM yang Zul pasang kan ? Okay,
Actually, ROM yang Zul pakai kat hp ni adalah CyanogenMod atau lebih dikenali sebagai CM. Kalau yang dah biasa dengan Android tu, memang kenal ROM ni. Rom ni memang popular sebab banyak kelebihan kalau pakai rom ni.
Apa kelebihan CM ?
-Buang applikasi yang tidak penting.
-Dapat versi android yang terbaru.
-Lebih lancar
-Banyak lagi yang aku tak berapa tau
Apa feedback Zul dari menggunakan benda ni ?
Pertamanya, Zul rasa CM ni memang sangat light, atau ringan berbanding kalau Zul guna stock rom daripada Samsung. Yela, Zul ni kan tak berapa suka kalau banyak applikasi, kuat makan ram, hp Zul bukannya kuat sangat pun.
Masa guna ni, benda first Zul guna ialah Google Keyboard. Bukan apa, Google Keyboard ni dapat display emoticon dalam bentuk visual yang lebih lawa. Tapi malangnya, hanya untuk versi Android Kit Kat dan ke atas.
Pastu, dari segi performance memang nampak bezanya. Kalau dulu masa guna stock rom, memang ram dia makan habis dan storage baru je beberapa bulan dah full tahap kritikal. Sekarang, tak perlu risau lagi pasal semua tu.
Masa Zul multi-tasking, nampak sangat bezanya. Masa buat multi-tasking tu, takde la slow sangat macam kat stock rom sebab RAM dan banyak free. Tu yang dia lancar je.
Dari segi apps, banyak dah yang dah support. Kalau dulu masa guna Jelly Bean banyak applikasi Google yang tak boleh pakai, contohnya Google Launcher.
Screenshot :
Lockscreen |
Panel |
Notification Panel |
About Phone |
Android Kit Kat |
Google Keyboard Emoticon |
NOTE :
Sila pastikan ada technician bersama korang sebelum buat benda ni. Risk memang tinggi. Kedua, kadang-kadang ada ROM yang tak stable, still banyak bug. Contohnya, camera tak berfungsi, dan sebagainya. Ketiga, hati-hati bila flashing ROM. Kerap kali juga orang buat benda ni mengalami "Bootloop" tapi jangan risau, Bootloop ni takda kritikal sangat. Still boleh recover lagi ;D
Kepada orang-orang yang tiada pengetahuan tentang ini diharamkan untuk membuat kerja-kerja flashing ROM seperti yang Zul buat. Pastikan ada technician. Zul takkan bertanggungjawab atas sebarang perbuatan korang K? Risiko sendiri.

Fuyoohh, ndk ku phm xD
ReplyDeleteWell, hahaha >.<
Delete