Assalamualaikum pembaca-pembaca sekalian.
Apa korang rasa kalau kita termimpikan orang tu lebih dari 3 kali ye? Aku tak pasti dah berapa kali, yang penting dah lebih dah 3 kali...
Manusia yang dalam mimpi aku tu dah la tak sama jantina, pastu orang yang aku kenal pula. Aish, rasa terganggu la bila tidur termimpi-mimpi macam ni. Aku pun dah banyak kali tertanya-tanya, kenapa la minah tu asyik muncul je dalam mimpi aku ni ?
Aku kenal dia ada juga la dalam 2 tahun, Makhluk ciptaan Allah tu dah muncul dalam mimpi aku lebih 3 kali. Rasanya, dah 5 kali rasanya.
Subhanallah,
Asal bangun pagi je memang aku termenung sejenak, fikir-fikir balik apa yang aku mimpi tadi. Kadang-kadang pelik la juga situasi mimpi aku tu, kalau tiba-tiba terbangun. Aku cuba tidur balik nak tahu kesudahan mimpi tu.. Tak kesah berjaya ke tak.
Sampai malam tadi, aku still termimpi hamba Allah sorang ni. Pastu aku beranikan diri nak search kat google berkaitan dengan benda ni.
Aku ada jumpa beberapa point bila aku buat research kat google ni, tapi aku tak pasti betul atau tak. Wallahualam. Nak berkongsi sikit kat sini,
1) Orang yang kita mimpi akan memberikan sesuatu di masa akan datang.
Jadi aku fikir-fikir, apa yang dia nak bagi eh ? Apakah "sesuatu" tu ? Pastu blog tu kata, Travelling speed roh kita lebih laju dari kelajuan masa. Sebab itu kadang-kadang apa yang kita mimpi akan menjadi kenyataan. Hmmm, whatever la.
2) Ada ikatan yang kuat
Ikatan apa ni ? Ikatan dari segi apa ? Kimia ? Cakap pasal instinct. Adeh, mungkin betul dan mungkin juga tak. Ntah la.
3) Mungkin dia jodoh kita
Haaaa, ini yang aku tak berapa suka ni. Dulu minat kat perempuan tu, takda pula termimpi-mimpi macam ni. Buat kepala gua makin pusing. Tapi kalau dah jodoh tu, tak ke mana juga kan.
4) Dia pun fikirkan kita
Kalau ni, aku susah nak nafikan. Kena tanya tuan punya badan ni. Aku jumpa benda ni kat psychology facts.
Fakta kitaorang berkawan tu betul la. Tapi siapa dia dalam hidup aku, dan siapa aku dalam hidup dia sampai nak mimpi banyak kali tu. Mengarut je ni. Hahaha
Kadang-kadang aku fikir balik, teruja la juga. Wahh, dia tengah fikirkan aku.
Orang cakap kalau mimpi ni ada 2 berita. Satu baik, satu buruk. Aku berdoa supaya yang ni berita baik. Siapa nak terima berita buruk kan ? Haaa..
K la, nak sarapan. Kerja kat kebun tu masih belambak lagi..
Mainan shaiton tu.
ReplyDeleteWallahualam.
DeleteAku suka suspek2 org. Arr, ada sda bbrpa suspek jul. Setakat ni 3 org, blm termasuk kemungkinan2 yg lain.. Arrrr
ReplyDeleteBanyak jua. Hahahahaa >.<
DeleteAni yg membari takut ni.
Lol.. ak.pn mimpi miani .. ku tarik blik mainan shaiton atu. 2 kli muncul dlm 1 mlm.
ReplyDeleteSubhanallah...
Delete