Pembaca Tegar

LA ILLA HA ILLALLAH

Published 30 December 2014 at 9:01 am ¦ Written by


Hakikat kalimah LA ILLA HA ILLALLAH adalah kita mengeluarkan kebesaran makhluk dan memasukan kebesaran Allah dalam hati kita. Kita mau meyakini bahawa Allah SWT yang berkuasa dan makhluk langsung tiada kuasa.

Kisah Nabi Musa AS, ketika sakit perut. Nabi Musa AS, mengadu kepada Allah SWT, "Ya Allah, aku sakit perut", Lalu Allah menyuruh Nabi Musa AS untuk pergi ke suatu pohon, dan makan daunnya. Setelah berbuat demikian, sakit perut hilang.

Allah uji Nabi Musa AS, untuk kali kedua dengan sakit perut tapi pada kali ini, Nabi Musa AS terus pergi ke pohon tersebut dan makan daunnya, tapi sakit perut tidak hilang. Nabi Musa AS, bertanya kepada Allah SWT, "Ya Allah, kenapa sakit perut ku tidak hilang setelah makan daun ini ?" dan Allah menjawab, "Pada kali pertama, kamu pergi kepada ku, dan mengadu. Tapi kali ini kau tidak pergi kepada ku, dan terus pergi kepada asbab".

Allah maha berkuasa, Allah bagi sakit, Allah juga yang bagi sihat. Dalam kehinaan, Allah berikan kemuliaan. Contohnya, Raja Namrud, yang dimuliakan oleh semua rakyatnya, akhirnya tewas akibat seekor nyamuk.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Perbaharuilah iman kamu. Para Sahabat bertanya; Wahai Rasulullah SAW bagaimana kami memperbaharui iman kami? Baginda SAW bersabda: Perbanyakkanlah mengucap kalimah La ilaha illallah. (HR Ahmad, Tabrani dan at-Targhib)

3 Perkara cara mendapatkan kalimah ini,
-Dakwah kepada orang lain tentang kepentingan dan kelebihan La Illa Ha Illallah
-Gunakan 4 pancaindera, iaitu mata untuk melihat, mulut untuk bercakap, akal untuk berfikir, telingga untuk mendengar tentang kebesaran Allah SWT.
-Doa kepada Allah SWT agar hakikat kalimah ini masuk dalam hati kita.

Kelebihannya :
-Siapa yang mengucap kalimah LA ILLA HA ILLALLAH akhir kalamnya, maka wajib syurga baginya.
-Barangsiapa membawa iman sebesar Zarah kepada Allah SWT, maka Allah SWT akan memberikan syurga seluas 10 kali dunia.

18+ FREE DOMAIN (.MY)

Published 22 December 2014 at 7:09 pm ¦ Written by

Assalamualaikum, dah lama dah Zul tak update blog. Hehe,
Zul update blog ni bukan apa, saja nak share domain free untuk blogger-blogger tegar diluar sana.

Mudah je syaratnya,
-Warganegara
-Berumur 18 tahun ke atas.

Macam mana nak dapat ?
Relek dulu, sabar. Sabar,

1. Masuk kat link ni, >sini<
2. Pastu, masukan nombor siri "MBT1001" atau "MBT1002"
3. Pilih nama domain anda, pastikan available la. Boleh guna domain checker yang ada kat Google.
4. Selesai.

Mudah je kan ?
Zul pun sekarang da ada domain tau, www.zulfaqar.my


My phone

Published 07 December 2014 at 4:39 pm ¦ Written by


Assalamualaikum,

Mesti tertunggu-tunggu kan ? Zul dah janji nak buat 1 pasal review ROM yang Zul pasang kan ? Okay,

Actually, ROM yang Zul pakai kat hp ni adalah CyanogenMod atau lebih dikenali sebagai CM. Kalau yang dah biasa dengan Android tu, memang kenal ROM ni. Rom ni memang popular sebab banyak kelebihan kalau pakai rom ni.

Apa kelebihan CM ?
-Buang applikasi yang tidak penting.
-Dapat versi android yang terbaru.
-Lebih lancar
-Banyak lagi yang aku tak berapa tau

Apa feedback Zul dari menggunakan benda ni ?
Pertamanya, Zul rasa CM ni memang sangat light, atau ringan berbanding kalau Zul guna stock rom daripada Samsung. Yela, Zul ni kan tak berapa suka kalau banyak applikasi, kuat makan ram, hp Zul bukannya kuat sangat pun.

Masa guna ni, benda first Zul guna ialah Google Keyboard. Bukan apa, Google Keyboard ni dapat display emoticon dalam bentuk visual yang lebih lawa. Tapi malangnya, hanya untuk versi Android Kit Kat dan ke atas.

Pastu, dari segi performance memang nampak bezanya. Kalau dulu masa guna stock rom, memang ram dia makan habis dan storage baru je beberapa bulan dah full tahap kritikal. Sekarang, tak perlu risau lagi pasal semua tu.

Masa Zul multi-tasking, nampak sangat bezanya. Masa buat multi-tasking tu, takde la slow sangat macam kat stock rom sebab RAM dan banyak free. Tu yang dia lancar je.

Dari segi apps, banyak dah yang dah support. Kalau dulu masa guna Jelly Bean banyak applikasi Google yang tak boleh pakai, contohnya Google Launcher.

Screenshot :
Lockscreen

Panel

Notification Panel

About Phone

Android Kit Kat

Google Keyboard Emoticon

NOTE :
Sila pastikan ada technician bersama korang sebelum buat benda ni. Risk memang tinggi. Kedua, kadang-kadang ada ROM yang tak stable, still banyak bug. Contohnya, camera tak berfungsi, dan sebagainya. Ketiga, hati-hati bila flashing ROM. Kerap kali juga orang buat benda ni mengalami "Bootloop" tapi jangan risau, Bootloop ni takda kritikal sangat. Still boleh recover lagi ;D

Kepada orang-orang yang tiada pengetahuan tentang ini diharamkan untuk membuat kerja-kerja flashing ROM seperti yang Zul buat. Pastikan ada technician. Zul takkan bertanggungjawab atas sebarang perbuatan korang K? Risiko sendiri.

Android

Published at 11:32 am ¦ Written by

Assalamualaikum dan selamat pagi. Still pagi lagi ni kan ?

Hari ni, topik yang Zul nak share adalah mengenai Android. Mesti ramai dah tau kan apa benda Android yang Zul nak share ni ? Kalau ada lagi yang tak tau, takpa. Zul cerita sikit ye. Android ni adalah OS untuk smartphone based on Linux dan sekarang ni sedang dibangunkan oleh syarikat Google.

Newest Android Lollipop

Versi-versi Android :
Alpha (1.0)
Beta (1.1)
Cupcake (1.5)
Donut (1.6)
Eclair (2.0-2.1)
Froyo (2.2-2.2.3)
Gingerbread (2.3-2.3.7)
Honeycomb (3.0-3.2.6)
Ice Cream Sandwich (4.0-4.0.4)
Jelly Bean (4.1-4.3.1)
Kitkat (4.4-4.4.4)
Lollipop (5.0-5.0.1)

Haa, itu dia. Unik juga eh, guna alphabet untuk define nama untuk setiap versi. Bijak-bijak. Memandangkan update ni belum released untuk hp Zul, jadi tak boleh share apa-apa. Kalau nak tau juga, tekan sini, biar Zul tolong Google untuk korang. Dalam thread yang seterusnya, Zul nak review sikit pasal custom ROM yang Zul pasang kat hp Zul ni. Smooth la juga :P

Ok la, Zul nak keluar jap ni. Byee ♥ ~

It's just a dream

Published 03 December 2014 at 7:08 am ¦ Written by

Assalamualaikum pembaca-pembaca sekalian.


Apa korang rasa kalau kita termimpikan orang tu lebih dari 3 kali ye? Aku tak pasti dah berapa kali, yang penting dah lebih dah 3 kali...

Manusia yang dalam mimpi aku tu dah la tak sama jantina, pastu orang yang aku kenal pula. Aish, rasa terganggu la bila tidur termimpi-mimpi macam ni. Aku pun dah banyak kali tertanya-tanya, kenapa la minah tu asyik muncul je dalam mimpi aku ni ?

Aku kenal dia ada juga la dalam 2 tahun, Makhluk ciptaan Allah tu dah muncul dalam mimpi aku lebih 3 kali. Rasanya, dah 5 kali rasanya.
Subhanallah,

Asal bangun pagi je memang aku termenung sejenak, fikir-fikir balik apa yang aku mimpi tadi. Kadang-kadang pelik la juga situasi mimpi aku tu, kalau tiba-tiba terbangun. Aku cuba tidur balik nak tahu kesudahan mimpi tu.. Tak kesah berjaya ke tak.
Sampai malam tadi, aku still termimpi hamba Allah sorang ni. Pastu aku beranikan diri nak search kat google berkaitan dengan benda ni.

Aku ada jumpa beberapa point bila aku buat research kat google ni, tapi aku tak pasti betul atau tak. Wallahualam. Nak berkongsi sikit kat sini,

1) Orang yang kita mimpi akan memberikan sesuatu di masa akan datang.
Jadi aku fikir-fikir, apa yang dia nak bagi eh ? Apakah "sesuatu" tu ? Pastu blog tu kata, Travelling speed roh kita lebih laju dari kelajuan masa. Sebab itu kadang-kadang apa yang kita mimpi akan menjadi kenyataan. Hmmm, whatever la.

2) Ada ikatan yang kuat
Ikatan apa ni ? Ikatan dari segi apa ? Kimia ? Cakap pasal instinct. Adeh, mungkin betul dan mungkin juga tak. Ntah la.

3) Mungkin dia jodoh kita
Haaaa, ini yang aku tak berapa suka ni. Dulu minat kat perempuan tu, takda pula termimpi-mimpi macam ni. Buat kepala gua makin pusing. Tapi kalau dah jodoh tu, tak ke mana juga kan.

4) Dia pun fikirkan kita
Kalau ni, aku susah nak nafikan. Kena tanya tuan punya badan ni. Aku jumpa benda ni kat psychology facts.


Fakta kitaorang berkawan tu betul la. Tapi siapa dia dalam hidup aku, dan siapa aku dalam hidup dia sampai nak mimpi banyak kali tu. Mengarut je ni. Hahaha
Kadang-kadang aku fikir balik, teruja la juga. Wahh, dia tengah fikirkan aku.

Orang cakap kalau mimpi ni ada 2 berita. Satu baik, satu buruk. Aku berdoa supaya yang ni berita baik. Siapa nak terima berita buruk kan ? Haaa..
K la, nak sarapan. Kerja kat kebun tu masih belambak lagi..

Defrag your PC

Published 02 December 2014 at 11:03 pm ¦ Written by


Assalamualaikum.

Harini nak share pasal "Disk Defragmenter" yang selalu orang anggap remeh. Sebelum tu, aku nak terangkan sikit berkenaan benda ni. Tools ni sebenarnya sangat berkait rapat dengan hard disk atau cakera keras.
Kebanyakkan hard disk memang guna spinning block untuk menyimpan data dan disimpan dalam "block" yang berturutan. Apabila block-block ini terpisah, akan menyebabkan komputer kita slow kerana hard disk ambil masa untuk baca block yang terpisah tu. Jadi, tools ni akan susun balik block dalam keadaan yang sedia kala.


Perlu ke Disk Defragmenter ni ?
Maybe bila kita tak defrag, takde la slow sangat sampai nak mampos kan ? Takkan slow sangat ler, selagi tak kritikal. Kalau dah slow sangat tu, memang hard disk tu dah nazak la. Jadi jawapannya ya. Memang perlu, tapi kalau jenis yang tak rajin pasang pc tu, 3 bulan 1 kali pun jadi la.

Waktu-waktu diharamkan Disk Defragmenter.
Bila ? Apabila korang guna hard disk yang tak guna spinning block. Contohnya SSD atau lebih dikenali sebagai Solid-State drive. Ni sebab, hard disk jenis macam ni tak guna block untuk simpan data, dia simpan guna semi-conductor. Jadi maknanya, data tak akan scattered walaupun tak defrag.

Hal yang berkaitan dengan topik ini,
HDD vs SSD
How SSD works

Finally, December has arrived!

Published 01 December 2014 at 9:36 am ¦ Written by

FRIENDS. BATCH '97 (PART 2)

Published 29 November 2014 at 4:34 pm ¦ Written by

Assalamualaikum.
Aku baru je habis tanam sayur kat belakang rumah ni, tu yang terus update blog ni. Seperti yang dijanjikan, sekarang tiba giliran aku describe pasal classmate perempuan aku pula. Dari tadi aku fikir, nak describe pasal sape dulu eh ? Biarlah aku describe bermula dari yang aku rasa special. Siapa ? Adik aku ler,

Erra
Ni ke adik aku ? Kenapa muka tak sama ? Ek eleh, mestilah muka tak sama. DNA lain, darah daging lain. Adik beradik angkat ? Adik beradik tiri ? Tak lah, aku gelar dia adik aku sebab kami lahir pada hari yang sama. Kebetulan eh ? Phew. Yeke aku dulu lahir dari dia ? Actually, dalam surat beranak memang dia dulu lahir tapi memandangkan aku lelaki, mestilah lelaki ambil gelaran yang tertua kan. Ok, adik aku ni memang top tup tap student dari form 1 lagi. Aku mula rapat dengan dia ni sejak form 4, sebab sekelas kan. Paling top dalam subjek kira-kira, takda lain. Memang dia aku cari kalau nak selesaikan soalan kira-kira, insyaAllah A+ dalam SPM. Disebalik senyuman tu, dia ni garang ni, selain garang, pemarah. Jadi jangan coba-coba cari pasal. Dulu, garau ni, tapi sejak aku bimbing dia ke jalan yang benar dah lembut da sikit. Main-main je. Kalau kat sekolah, jarang la aku nak kacau dia ni, belajar je kerjanya. Nanti, takut terganggu pula fokus n tak pasal-pasal kena penampo.

Tasha aka Chacha aka Pucubelle aka Sepet aka Meow
Sebelum ni, aku tak rapat pun dengan dia ni. Masa dia pindah kat sekolah aku, aku kenal dia macam tu je, takda sampai mendalam. Pastu masa form 3, aku kenal dia dalam sikit la, mungkin sampai juga paras lutut. Masa form 4, aku rapat juga ngan dia ni dan dia pernah jadi ketua aku dalam debat ala parlimen. Dia ni memang suka kucing, pantang tengok kucing ni, abes dia peluk semua. Rupa dia ni pun, ada la comel sikit, jadi accepted la dia nak jadi kucing ni. Hahaha... Yang penting, jangan main gila dengan budak ni, dia cepat sensetif tapi kadang-kadang dia ni melucukan juga dan kadang-kadang muram la pula. Kalau muram tu, aku pun tak berani nak tegur. Tapi kalau dibalas senyuman ku, baru la mula menegur. Dia ni memang tup tap tip top student, mempunyai ciri-ciri kepimpinan memandangkan dia dah lead pasukan debat hari tu. Sekarang, aku tengok dia dah bahagia, Alhamdulillah...

Alusia aka Noob
Guess who ? Inilah orang yang hampir setiap masa persekolahan aku kacau. Mana tak kacaunya, boring gila. Pastu dia ni jenis yang tak banyak melawan dan memang takdir dia untuk dibuli. Kalau bukan aku yang buli, Ijaz, kalau bukan Ijaz, Pai. Tu je, takda orang lain lagi. Aku rasa dia memang menderita la pada waktu persekolahan. Aku suka troll budak ni, selalu je kena troll dari aku.Waktu dia marah tu yang lucu, muka dia memang tak bleh blah. Hahaha, tapi nak tengok dia marah memang rare. Kena kacau pun masih lagi tersenyum, kadang-kadang aku confuse la dia marah atau tak. Sekarang ni, aku tengah tahan hati ni nak kacau budak ni. Budak ni memang tinggi, hampir sama juga la tinggi dengan aku. Dia orang paling termuda di kelas, tapi heran la juga kenapa boleh jadi tinggi tu. Nanti kalau kahwin, jangan lupa jemput ye. Jangan karang kahwin lari kat Thailand ?

Ani, my Master
Dia ni adalah salah satu guru aku dalam setiap subjek sains. Dia ni pantang tengok orang salah dalam soalan fizik, memang dia akan betulkan. Aku seronok pula bila dia terangkan kat aku, mudah difahami. Rindu pula dengan penerangan dia ni. Dia ni jenis yang suka fahami konsep, maksudnya dia kurang menghafal la dan lebih mementingkan kefahaman. Dia ni suka sangat nak sorokkan barang orang, salah seorang mangsanya ialah aku. Setiap kali aku beli bun kat koperasi sekolah, simpan kat meja 5 saat. Dah hilang, memang tangkas orangnya. Dia ni "bestfriend" kepada adik aku yang kat atas sekali tu. Aku rasa dari form 1 lagi diorang ni jadi bestfriend. Selalu masa takda cikgu, kami buat bising, dia sorang je yang belajar. *YE KOT*

THE END---
Alaa, sikit je. Sepatutnya ada 15 orang, tapi yang dapat aku describe hanya 5 orang. Yang lain aku takda picture diorang. Sesiapa yang ada, boleh bagi kat aku. Aku nak describe pasal diorang ler. Mana best describe pasal 5 orang ni je, nak semua. Dapat dijadikan kenangan bersama kan ? Menulis di internet ni macam tulis guna dakwat. Takkan hilang selagi tak dibuang. insyaAllah akan berkekalan blog ni.

FRIENDS. Batch '97

Published at 10:36 am ¦ Written by


Assalamualaikum.
Setelah sekian lama meninggalkan sekolah, aku mula teringat kenangan-kenangan silam semasa keberadaan ku di sekolah.

La sangat, baru je 2 hari tinggalkan sekolah, tapi hati dah rasa rindu nak jumpa classmate. Uwaaa, sedih la juga. Memandangkan 2 hari ni aku bosan sangat. Jadi aku nak ambil sedikit masa untuk describe pasal korang eh ? Boleh kan ?

Kita mula dengan siapa eh ? Siapa yang nak dulu ? Hahaha... Aku mula dengan orang paling rapat dengan aku la and off course mula dengan lelaki dulu.  Senang nak describe sikit.


Brotherhood
Ahaa, itu dia. Kenal ngan jejaka ni ? Muka dia ni macam baik kan ? Tapi perangai, teruk.. Takdela joke je. Actually, ni best friend dari form 1. Dimana ada dia, disitu ada aku. Tapi masa zaman sekolah rendah dulu. Perh, gua ni dah jadi tukang buli kat budak ni. Alhamdulillah, naik je sekolah menengah jadi best friend. Kalau dah takdir jadi best friend, memang jadi best friend juga le. Aku kagum la dengan kemahiran yang ada kat dia ni, otak dia genius beb, idea memang top tapi dia ni tak tau macam mana nak jayakan idea dia tu. Kadang-kadang, ada la juga aku tolong jayakan idea dia sikit. Sehh, nak jadi hero la pula. Walaupun dah banyak kali conflict, ada yang melibatkan perempuan, projek 5 juta, salah faham tapi kami tetap bersama. Happy together. Dia sekarang dah happy, tak lagi macam zaman dulu atau lebih dikenali sebagai zaman gelap.

Kumbang Tai aka Paipai
Aku kenal budak ni masa form 2. Masa tu kelas aku, sunyi gila. Takde kawan sekepala kat situ, bila ada je budak ni, kecoh gila kelas. Yang dulunya baik, mula la jadi nakal, yang dulunya duduk diam dah pandai lompat sana, lompat sini. Bila aku planning nak buat kerja jahat, memang aku plan ngan dia ni dulu tapi dia ni kadang-kadang dia ni pandai betray orang la. Planning jahat aku kerap kali kantoi sebab dia ni. Dulu budak ni paling rendah, tapi sekarang paling tinggi pula. Rasanya main steroid ni, hahaa. Gurau je. Kalau nak kata slim, boleh la slim budak ni.

Ijaz atau ? Piglet kot
Gelaran "Piglet" ni kalau tak silap, seseorang classmate yang bagi. Mana taknya, kalau hari-hari kena buli tapi jangan salah faham pula, bukannya yang buli sampai bengkak / berdarah sana sini. Cuma usik-usik sikit je, especially perempuan. Dia ni memang tak senang kalau tak ganggu orang dalam sehari, mesti ada je. Ijaz ni minat act like professional, jadi pakar motivasi kepada orang lain. Aku pun pernah kena ceramah ngan dia ni, semua nasihat-nasihat dia aku jadikan tauladan sehingga aku berjaya menjadi seseorang yang berjaya. Dia ni rasanya, kaki COC. Walaupun SPM, bukan penghalang untuk dia main COC. Setiap masa COC, walau dimana jua. Beliau juga mempunyai bakat terpendam untuk menjadi photographer, setiap kali ambil gambar memang perfect. Boleh la cari Ijaz ni kalau nanti manatau aku nak kahwin kan..

Al-Lando aka Model
Kisah al-Lando pernah diceritakan oleh seorang sahabat aku, berambut afro, berotot, berjambang, dan berbulu di telinga. Rupanya, cerita itu hanyalah bohong semata-mata. Inilah cerita sebenarnya, dia ni kalau kat kelas, hari-hari buat muka annoying. Kalau aku ada mood, aku balas balik dengan muka yang lagi annoying tapi kalau takda mood, aku bagi je penampa. Walaupun begitu, dia ni la tempat minta nasihat dalam agama, percintaan. Kalau aku, aku panggil dia ni, "hotspot bergerak". Kenapa ? Sebab dimana-mana je, plan internet dia tak pernah mati. Jadi, aku yang takde duit nak beli plan internet ni, tumpang je internet dia. Orang kat atas ni memang hensem, awek bersusun kat lutut, HP tak pernah silent, ada je whatapps masuk. Kalau aku, nak tunggu 10 tahun baru ada sms masuk, tu pon dari DiGi. Aku yakin, kalau dia kahwin, mesti 4 slot tu full.

Ridzqin aka Eqin aka Eqin Gatar 1000
Jangan pandang lama-lama, nanti terpikat pula dengan kawan aku yang kacak lagi bergaya ni. Dulu-dulu, aku ingat dia ni ganas, kalau dia tak senyum, rupa memang ganas tapi mujur dalam gambar ni senyum je, manis je. Nampak tak body dia ? Nasib dia pakai baju, kalau dia buka, otot everywhere bro. Kalau main gym, mesti boleh jadi Sazali Samad ni. Diantara classmate aku yang hensem, dia ni yang terhensem. Aku ? Aku duduk yang last sekali boleh la. Walaupun muka poyo macam ni, tapi boleh main drum, eh drum pula.. Kompang bah. Ada ciri-ciri lelaki sejati yang mempertahankan budaya warisan melayu. Kalau dia main kompang, orang yang tengah tidur pon bangun. Kalau kat dewan, bergegar. Beberapa kali telah mengetuai mengharumkan nama sekolah. Aku harap aku ada la bakat macam dia ni, manatau satu hari nanti kan.

Adib aka Penceramah
Siapakah wajah-wajah yang seiras macam Shahrukh Khan di sebelah kanan tu ? Adakah dia ialah Shahrukh Khan ? Jawapannya, bukan. Itu adalah sahabat saya, sekampung dengan saya juga. Mesti tertanya-tanya kenapa gambar tak letak gambar dia solo ? Dia ni jenis yang jarang ambil gambar solo. Kalau dari segi penilaian aku, dia ni takda bakat jadi model tapi boleh jadi pelakon. Ciri-ciri memang sama dengan Shahrukh Khan. Dia ni jenis yang tak statik, kadang-kadang baik, jahat, merajuk (mungkin tidak) , pendiam, kaki bising, penceramah tapi semua itu tidak pernah menjadi satu alasan untuk memutuskan silaturahim antara kami semua. Hati-hati, dia ni ramai kenalan perempuan, HP tak pernah silent, mesti ada masuk je message. Nasihat aku untuk dia, teruskanlah perjuangan mu dalam bidang industri tanah air. Hahahaha,

Azfi
Masa kat sekolah, aku tak rapat sangat ngan Azfi ni, tapi aku memang kagum la dengan dia ni. Kalau kat kelas, rasanya hampir setiap hari tidur, tapi exam result mantap. Masa ambil SPM, dia ni memang style yang keluar awal dari dewan. Amazing laa, rasanya dia belajar malam ni, tu yang tak cukup tidur kat kelas tu. Dia ni memang yang jenis suka bersukan ni, masa main volleyball tu terserlah ketajaman servis dia ni, phew.

The END ---
Actually, ada 2 orang lagi classmate lelaki ni. Tapi memandangkan aku tak berapa rapat & takda koleksi gambar mereka, jadi tak dapat la describe apa-apa. Kalau ada classmate yang menyimpan gambar mereka, bagi kat aku eh. Aku nak describe juga!

Mana perempuan? Perempuan nanti, biar lelaki dulu. Biar kita pisahkan lelaki dan perempuan, baru lawa sikit. Pedahal, kat atas dah ada gambar perempuan. Bersabarlah wahai kaum hawa. Nanti tiba turn kamu. Rileks~

Thank u so much ♥~

'Steins;Gate' : Review

Published 28 November 2014 at 11:28 am ¦ Written by


Hi korang, cuti ini mesti nak cerita best kan ? Aku ada afew cerita yang agak merangsangkan. Salah satunya ialah yang ni. Aku ni jenis yang pantang tengok video yang tak HD macam 360p, 480p. Selalunya aku layan 720p/1080p je. Yang ni, cerita science fiction pasal time machine. Cerita ni ada 25 episode + 1 OVA(Original Video Animation). Nak cerita sikit pasal movie ni..

Awalnya, aku tengok movie ni memang aku tak paham, sebab movie flow dia memang slow. Pastu aku tabahkan jiwa untuk tengok lagi sampai episode 6. Masa ni, aku dah macam makin tertarik dengan movie ni. Movie ni mengisahkan tentang seorang scientist yang berjaya discover time machine, Okabe Rintarou. Dia ada seorang rakan yang dia dah anggap macam adik sendiri, Mayuri & seorang pakar komputer, Daru. Diorang ni bekerjasama nak cipta alatan baru di makmal diorang. Kadang-kadang alatan yang diorang cipta ni, menda-menda yang mengarut.

Tapi tibanya hari dimana dia tengok seseorang terbunuh, iaitu Kurisu. Dia hantar pesanan ringkas (SMS) kepada rakannya, Daru yang masa tu tengah menyimpan telefonnya kat Microwave. Start dari hari tu, semua berubah dan diorang berjaya discover sebuah Microwave yang boleh hantar pesanan ringkas ke masa lalu.

Hari demi hari, member diorang makin banyak. Daripada 3, jadi 8 orang semuanya. Dengan bantuan Kurisu, mereka berjaya mencipta mesin masa. Tetapi dunia menghadapi bencana pada masa hadapan dan cubaan membunuh mereka dari masa hadapan dibuat oleh persatuan yang bernama SERN.

Untuk cerita yang lebih lanjut. Korang tengok la sendiri k ? Nak kata best, memang best. Kita rasa macam kita ni ada ilham nak mencipta mesin masa walaupun itu hanya khayalan.

Mayuri, Okabe, Daru

Okabe Rintarou

Okabe, Kurisu

Makise Kurisu

Daru, Okabee, Kurisu

It's our last school day

Published 27 November 2014 at 10:59 pm ¦ Written by

Kalau dulu, sebelum tibanya hari ini. Semuanya menanti, tapi lepas tibanya hari yang ditunggu-tunggu, berat rasa hati ingin meninggalkan sekolah. Sedangkan tempat yang jauh lagi dirindu, ini kan pula tempat menimba ilmu.

Teringat kembali kenangan dulu-dulu, puas didenda. Asal datang saja, mesti lambat. Masa tingkatan 4, awal sikit. Tapi suda jadi senior, lambat. Hampir setiap hari lambat. Berapa ribu kali e-Disiplin ku ah. Tapi semua itu ialah kenangan paling teringah dalam hidup ku.

Kalau cakap pasal planning lepas SPM, ermm.. I still haven't think of about it yet. Cuma sekarang ni planning mau mengusahakan tanah beliau. Manatau membuahkan hasil yang lumaian kan ? Rezeki ada di mana-mana. Tapi, memandangkan banyak movie yang best-best, masa ni la paling sesuai mau melayan sampai pagi.

Masa hari-hari terakhir ani, baru kitani macam tercari-cari dengan kawan yang dulunya kitani buli, tatak, terajang, bunuh, eh takda la sampai bunuh. Kalau sekampung, nda apa la. Tapi yang nda sekampung ni yang susah mau dijumpa. Jangan-jangan kahwin uda kan, mun ada yang suda kahwin, jangan segan-segan mau menjemput nanti k?

Ni ada sedikit gambar untuk dijadikan tatapan kitani masa kitani tua nanti.

Dari Kiri: Tasha and Adib

Dari kiri: Pai, Lando, Felicia, Yayah, Erra, Giraa, Zul


Dari kiri: Ani, Alus, Girah, Pai, Damit

Cehh, senyuman behagiaan.

Dari Kiri: Vannesa, Girah, Alus
Geng motor. Vroooommm...

Dari kiri : Lando, Pai, Zul, Dib

Dari kiri: Jaz, Vanessa

Dari kiri : Jaz, Alus

Dari Kiri: Alus,Girah, Erra

Eqin, Lando


Jaz n Girah

Alusia, Pai

Lando aka Model
Kami berdua , (Zul / Erra)

Things about Steve Jobs

Published 21 January 2014 at 7:15 pm ¦ Written by


Many people talk about Steve Jobs’s death, but how many of them realize what Steve Jobs has contribute to Muslim..

What? How?

Jobs tell us what Prophet Muhammad had told us around 1400 yrs ago;
“The brilliant person is he who remember death a lot.” – Ibnu Majah

and Jobs had proved what our prophet said. In his speech (Convo. Ceremnoy @ Stanford Univ,2005) He said:

“When I was 17, I read a quote that went something like: “If you live each day as if it was your last, someday you’ll most certainly be right.” It made an impression on me, and since then, for the past 33 years, I have looked in the mirror every morning and asked myself: “If today were the last day of my life, would I want to do what I am about to do today?”

Jobs also said: “Remembering that I’ll be dead soon is the most important tool I’ve ever encountered to help me make the big choices in life.”

Isn’t Jobs a brilliant person ? Yes, He is.

Explaination : VPS

Published 15 January 2014 at 4:33 pm ¦ Written by

A virtual private server (VPS), also called a virtual dedicated server (VDS), is a virtual server that appears to the user as a dedicated server but is actually installed on a computer serving multiple Web sites. A single computer can have several VPSs, each one with its own operating system (OS) that runs the hosting software for a particular user.

The hosting software for each VPS can include a Web server program, a File Transfer Protocol (FTP) program, a mail server program and specialized applications for activities such as e-commerce and blogging.

The VPS alternative is often chosen by small businesses that need a customized Web site but cannot afford a dedicated server. Another useful aspect of VPS technology is the ability of a single subscriber to maintain multiple virtual servers. For example a Web site owner might use one server for the production-level Web site and the other for a "dummy site" that can be used to test planned updates, modifications or new programs.