Assalamualaikum dan selamat petang,
First of all, nak bagitau, kalau kita dah macam fall for someone tu kan, kita memang nampak dia perfect kan ?
Persoalan yang pertama timbul diminda ini, kenapa aku suka dia ? Kalau aku nak describe kat sini, memang panjang sampai ke bawah. Simple reason, because she's one in a million. Reason yang lain, sebab dialah orang yang dapat ambil perhatian aku dari first sampai ke akhir.
Katanya, nak berkawan je, tapi tu lah kan, who knows what will happen in the future kan. Nama pun future. Kalau korang tanya siapa dia ? Aku nak cakap je, tapi tak yah la tapi orang tu memang rapat gila dengan aku T_T.
Setakat ni, aku nak buat private je la ye..
Someone whos gonna change my life.
Hari Raya kini tiba lagi
Assalamualaikum semua!
Dah lamaaa rasanya blogger ni sunyi kan, busy sangat sampai terlupa diri ni ada blog. HAHHAA
So ? Amcm puasa ? Full tak gais ? Kalau tak full tu, pandai-pandai la cover balik yer.
First day rayaa, dah lambat bangun. Aduih, nasib sempat ke masjid.
Yang tengah-tengah study tu, mesti cuti 1-2 minggu ja kan ? Tak cukup kan ? HAHAHA. Ni nak bagitau, cuti sampai bulan 9 (Tunggu degree). Mereput kat rumah sampai tak tau nak buat apa, kawan-kawan banyak study. Bila tengah study, nak cuti.. Bila cuti, nak study pulak! Macam-macam.
Good luck ja kepada yang nak sambung study nanti tu.
Sebelum raya tu, aku duduk KL jap, ada tt (technical training), sebulan. Dari start puasa, sampai beberapa hari last sebelum raya. Sampai la juga hajat nak berbuka kat rumah, takda la sedih sangat. Tapi, apa yang aku perasan, suasana raya semakin tak meriah. Adakah ini faktor peningkatan usia ? Ataupun kerana teknologi yang semakin maju dan maju ? Aku pun tak tau, confuse, dan bingung.
Harap-harap tahun ni, dapat la beraya bersama dengan kawan-kawan macam raya sebelum ni. Baru ada suasana hari raya tu, bergurau senda di pagi raya, sehhh.
So gais, mintak diri dulu. Sanak saudara yang dari jauh nak datang ni, kalau free, boleh la beraya ke rumah aku kat Sabah ni ya.
Nah lagu raya sikitt :
[ 2016 ] HAPPINESS !
Dah lama tak blogging, sebab email lost. Dah lama try bermacam-macam cara nak dapatkan balik email ni. Tiba-tiba pada harini, dapat pula login guna bruteforce method, rasa happy sangat sampai nak nangis. Nanti kalau rajin, Zul post lagi :P
A DAY IN KUALA NERANG
Assalamualaikum semua..
Dah lama rasanya tak update blog ni, dah berhabuk dah blog aku ni. Zul tengah busy ni, belajar kat Kolej Mara Kuala Nerang ambil kos Fist ( Foundation in Science & Technology).
Bagi Zul, kat sini memang untung lah. Elaun cuma RM100 sebulan tapi makanan ditanggung. Makan dalam 5 kali sehari tau. Sedap pula tu, hehe. Zul update blog ni pun keebetulan pula ada kelas komputer. Dah hampir 2 minggu juga Zul kat sini.
Mungkin lepas ni Zul dah tak rajin update blog ni sebab busy je study memanjang. The grade is A and the number is 4
Ok bye ♥ ~
No, don't GO!
So I feel like giving up easily
But my heart keeps crying
I tell you not to go, holding you to stay
If I open my eyes again, you will walk away
What if it becomes difficult for me?
Please don’t leave, please don’t leave
If I get lost along the way, what should I do?
Internet DOWN!
Assalamualaikum..
Mood dalam masa 2-3 hari ni asyik down je, nak tau kenapa ? Internet down ler. Pedahal kerja masih banyak lagi, maklum la zaman sekarang ni, takda lagi duduk berpayung-payung bawah matahari promote produk. Sekarang semua online, bisnis boleh jalan.
Bukan marah sebab internet down, tapi kalau nak down kenapa only certain user je yang kena ? Ni yang marah ni, ada juga diantara kawan Zul yang boleh surfing. Sekarang ni pun, tengah guna internet kat mobile ni, nasib baik la unlimited tapi speed agak mengecewakan. Kalau tak, memang dah memberontak Zul kat ruma ni.
Sorry eh post takda gambar, penat pula nak search and save...
Rasanya,korang mengamuk tak kalau internet down, tiba-tiba ada customer nak beli ke, nak modify ke, tapi internet down, nak guna yang kat mobile ni. Ntah berapa kurun la "loading" tu nak habis. Tapi sekarang ni, persoalannya, sampai bilakah Zul akan terus hidup macam ni ? Dah tak sanggup menderita. Ohhhhhh...
K bye ♥
THE HAPPINESS
Assalamualaikum, lama dah tak update blog kan ? Sorry ler, ingat cuti ni takda la busy, rupanya busy je memanjang.
Actually, cuti ni Zul ambil lesen memandu untuk kereta. Tu yang jadi pelajar sekejap tu. Seminggu lepas, kena duduk bilik kuliah. Bukannya tak lama, 5 jam tu. Masa dengar ceramah tu, perut ni asyik lapar je. Pastu habis je kuliah, rasa bahagia sangat. Macam bebas dari tahanan, yela kan. Dalam tu, tak boleh main gadget. Tak tenang aku, phone asyik vibrate je.
So hari ni, tibalah masanya aku ambil ujian komputer. Dia punya nervous macam ambil SPM, seriously. Nak tercabut jantung aku dibuatnya, bukan sebab apa. Takut gagal kan, nak mengulang bukannya murah..
Masa aku tekan tu, nervous tu datang kejap tapi aku cepat-cepat tekan "Semak". Pastu, dapat 48/50. Automatik keluar macam boss. Orang lain, masih menjawab, kita dah keluar. Memang selalu kuar perasan macam ni. Ok la Zul out dulu, ada urusan sikit ni :) Good day u all
Project ARA
Assalamualaikum, rindu ke? Fuh, dah lama tak buat post la. Baru hari ni ada keringanan buat post. Okay, sekarang ni mesti semua dah ada Android kan ? Semakin lama pakai, semakin best ke ? Semakin kurang best ? Mestilah kurang best kan ? Makin hari, makin maju smartphone ni kan ? Semakin tinggi specification sesebuah smartphones tu. Menyampah pun ada la, iri hati dengan kawan yang ada smartphones yang latest.
Tapi, ahaa. Ni berita gembira. Now, we can build our own smartphones dengan custom specification. Google dah memperkenalkan "Project ARA". Project ARA ni suatu blok phone with open hardware.
LA ILLA HA ILLALLAH
Hakikat kalimah LA ILLA HA ILLALLAH adalah kita mengeluarkan kebesaran makhluk dan memasukan kebesaran Allah dalam hati kita. Kita mau meyakini bahawa Allah SWT yang berkuasa dan makhluk langsung tiada kuasa.
Allah uji Nabi Musa AS, untuk kali kedua dengan sakit perut tapi pada kali ini, Nabi Musa AS terus pergi ke pohon tersebut dan makan daunnya, tapi sakit perut tidak hilang. Nabi Musa AS, bertanya kepada Allah SWT, "Ya Allah, kenapa sakit perut ku tidak hilang setelah makan daun ini ?" dan Allah menjawab, "Pada kali pertama, kamu pergi kepada ku, dan mengadu. Tapi kali ini kau tidak pergi kepada ku, dan terus pergi kepada asbab".
Allah maha berkuasa, Allah bagi sakit, Allah juga yang bagi sihat. Dalam kehinaan, Allah berikan kemuliaan. Contohnya, Raja Namrud, yang dimuliakan oleh semua rakyatnya, akhirnya tewas akibat seekor nyamuk.
3 Perkara cara mendapatkan kalimah ini,
-Dakwah kepada orang lain tentang kepentingan dan kelebihan La Illa Ha Illallah
-Gunakan 4 pancaindera, iaitu mata untuk melihat, mulut untuk bercakap, akal untuk berfikir, telingga untuk mendengar tentang kebesaran Allah SWT.
-Doa kepada Allah SWT agar hakikat kalimah ini masuk dalam hati kita.
Kelebihannya :
-Siapa yang mengucap kalimah LA ILLA HA ILLALLAH akhir kalamnya, maka wajib syurga baginya.
-Barangsiapa membawa iman sebesar Zarah kepada Allah SWT, maka Allah SWT akan memberikan syurga seluas 10 kali dunia.
18+ FREE DOMAIN (.MY)
Assalamualaikum, dah lama dah Zul tak update blog. Hehe,
Zul update blog ni bukan apa, saja nak share domain free untuk blogger-blogger tegar diluar sana.
Mudah je syaratnya,
-Warganegara
-Berumur 18 tahun ke atas.
Macam mana nak dapat ?
Relek dulu, sabar. Sabar,
1. Masuk kat link ni, >sini<
2. Pastu, masukan nombor siri "MBT1001" atau "MBT1002"
3. Pilih nama domain anda, pastikan available la. Boleh guna domain checker yang ada kat Google.
4. Selesai.
Mudah je kan ?
Zul pun sekarang da ada domain tau, www.zulfaqar.my
My phone
Assalamualaikum,
Mesti tertunggu-tunggu kan ? Zul dah janji nak buat 1 pasal review ROM yang Zul pasang kan ? Okay,
Actually, ROM yang Zul pakai kat hp ni adalah CyanogenMod atau lebih dikenali sebagai CM. Kalau yang dah biasa dengan Android tu, memang kenal ROM ni. Rom ni memang popular sebab banyak kelebihan kalau pakai rom ni.
Apa kelebihan CM ?
-Buang applikasi yang tidak penting.
-Dapat versi android yang terbaru.
-Lebih lancar
-Banyak lagi yang aku tak berapa tau
Apa feedback Zul dari menggunakan benda ni ?
Pertamanya, Zul rasa CM ni memang sangat light, atau ringan berbanding kalau Zul guna stock rom daripada Samsung. Yela, Zul ni kan tak berapa suka kalau banyak applikasi, kuat makan ram, hp Zul bukannya kuat sangat pun.
Masa guna ni, benda first Zul guna ialah Google Keyboard. Bukan apa, Google Keyboard ni dapat display emoticon dalam bentuk visual yang lebih lawa. Tapi malangnya, hanya untuk versi Android Kit Kat dan ke atas.
Pastu, dari segi performance memang nampak bezanya. Kalau dulu masa guna stock rom, memang ram dia makan habis dan storage baru je beberapa bulan dah full tahap kritikal. Sekarang, tak perlu risau lagi pasal semua tu.
Masa Zul multi-tasking, nampak sangat bezanya. Masa buat multi-tasking tu, takde la slow sangat macam kat stock rom sebab RAM dan banyak free. Tu yang dia lancar je.
Dari segi apps, banyak dah yang dah support. Kalau dulu masa guna Jelly Bean banyak applikasi Google yang tak boleh pakai, contohnya Google Launcher.
Screenshot :
![]() |
| Lockscreen |
![]() |
| Panel |
![]() |
| Notification Panel |
![]() |
| About Phone |
![]() |
| Android Kit Kat |
![]() |
| Google Keyboard Emoticon |
Sila pastikan ada technician bersama korang sebelum buat benda ni. Risk memang tinggi. Kedua, kadang-kadang ada ROM yang tak stable, still banyak bug. Contohnya, camera tak berfungsi, dan sebagainya. Ketiga, hati-hati bila flashing ROM. Kerap kali juga orang buat benda ni mengalami "Bootloop" tapi jangan risau, Bootloop ni takda kritikal sangat. Still boleh recover lagi ;D
Kepada orang-orang yang tiada pengetahuan tentang ini diharamkan untuk membuat kerja-kerja flashing ROM seperti yang Zul buat. Pastikan ada technician. Zul takkan bertanggungjawab atas sebarang perbuatan korang K? Risiko sendiri.
Android
Assalamualaikum dan selamat pagi. Still pagi lagi ni kan ?
Hari ni, topik yang Zul nak share adalah mengenai Android. Mesti ramai dah tau kan apa benda Android yang Zul nak share ni ? Kalau ada lagi yang tak tau, takpa. Zul cerita sikit ye. Android ni adalah OS untuk smartphone based on Linux dan sekarang ni sedang dibangunkan oleh syarikat Google.
![]() |
| Newest Android Lollipop |
Versi-versi Android :
Alpha (1.0)
Beta (1.1)
Cupcake (1.5)
Donut (1.6)
Eclair (2.0-2.1)
Froyo (2.2-2.2.3)
Gingerbread (2.3-2.3.7)
Honeycomb (3.0-3.2.6)
Ice Cream Sandwich (4.0-4.0.4)
Jelly Bean (4.1-4.3.1)
Kitkat (4.4-4.4.4)
Lollipop (5.0-5.0.1)
Haa, itu dia. Unik juga eh, guna alphabet untuk define nama untuk setiap versi. Bijak-bijak. Memandangkan update ni belum released untuk hp Zul, jadi tak boleh share apa-apa. Kalau nak tau juga, tekan sini, biar Zul tolong Google untuk korang. Dalam thread yang seterusnya, Zul nak review sikit pasal custom ROM yang Zul pasang kat hp Zul ni. Smooth la juga :P
Ok la, Zul nak keluar jap ni. Byee ♥ ~
It's just a dream
Assalamualaikum pembaca-pembaca sekalian.
Apa korang rasa kalau kita termimpikan orang tu lebih dari 3 kali ye? Aku tak pasti dah berapa kali, yang penting dah lebih dah 3 kali...
Manusia yang dalam mimpi aku tu dah la tak sama jantina, pastu orang yang aku kenal pula. Aish, rasa terganggu la bila tidur termimpi-mimpi macam ni. Aku pun dah banyak kali tertanya-tanya, kenapa la minah tu asyik muncul je dalam mimpi aku ni ?
Aku kenal dia ada juga la dalam 2 tahun, Makhluk ciptaan Allah tu dah muncul dalam mimpi aku lebih 3 kali. Rasanya, dah 5 kali rasanya.
Subhanallah,
Asal bangun pagi je memang aku termenung sejenak, fikir-fikir balik apa yang aku mimpi tadi. Kadang-kadang pelik la juga situasi mimpi aku tu, kalau tiba-tiba terbangun. Aku cuba tidur balik nak tahu kesudahan mimpi tu.. Tak kesah berjaya ke tak.
Sampai malam tadi, aku still termimpi hamba Allah sorang ni. Pastu aku beranikan diri nak search kat google berkaitan dengan benda ni.
Aku ada jumpa beberapa point bila aku buat research kat google ni, tapi aku tak pasti betul atau tak. Wallahualam. Nak berkongsi sikit kat sini,
1) Orang yang kita mimpi akan memberikan sesuatu di masa akan datang.
Jadi aku fikir-fikir, apa yang dia nak bagi eh ? Apakah "sesuatu" tu ? Pastu blog tu kata, Travelling speed roh kita lebih laju dari kelajuan masa. Sebab itu kadang-kadang apa yang kita mimpi akan menjadi kenyataan. Hmmm, whatever la.
2) Ada ikatan yang kuat
Ikatan apa ni ? Ikatan dari segi apa ? Kimia ? Cakap pasal instinct. Adeh, mungkin betul dan mungkin juga tak. Ntah la.
3) Mungkin dia jodoh kita
Haaaa, ini yang aku tak berapa suka ni. Dulu minat kat perempuan tu, takda pula termimpi-mimpi macam ni. Buat kepala gua makin pusing. Tapi kalau dah jodoh tu, tak ke mana juga kan.
4) Dia pun fikirkan kita
Kalau ni, aku susah nak nafikan. Kena tanya tuan punya badan ni. Aku jumpa benda ni kat psychology facts.
Fakta kitaorang berkawan tu betul la. Tapi siapa dia dalam hidup aku, dan siapa aku dalam hidup dia sampai nak mimpi banyak kali tu. Mengarut je ni. Hahaha
Kadang-kadang aku fikir balik, teruja la juga. Wahh, dia tengah fikirkan aku.
Orang cakap kalau mimpi ni ada 2 berita. Satu baik, satu buruk. Aku berdoa supaya yang ni berita baik. Siapa nak terima berita buruk kan ? Haaa..
K la, nak sarapan. Kerja kat kebun tu masih belambak lagi..
Defrag your PC
Assalamualaikum.
Harini nak share pasal "Disk Defragmenter" yang selalu orang anggap remeh. Sebelum tu, aku nak terangkan sikit berkenaan benda ni. Tools ni sebenarnya sangat berkait rapat dengan hard disk atau cakera keras.
Kebanyakkan hard disk memang guna spinning block untuk menyimpan data dan disimpan dalam "block" yang berturutan. Apabila block-block ini terpisah, akan menyebabkan komputer kita slow kerana hard disk ambil masa untuk baca block yang terpisah tu. Jadi, tools ni akan susun balik block dalam keadaan yang sedia kala.
Perlu ke Disk Defragmenter ni ?
Maybe bila kita tak defrag, takde la slow sangat sampai nak mampos kan ? Takkan slow sangat ler, selagi tak kritikal. Kalau dah slow sangat tu, memang hard disk tu dah nazak la. Jadi jawapannya ya. Memang perlu, tapi kalau jenis yang tak rajin pasang pc tu, 3 bulan 1 kali pun jadi la.
Waktu-waktu diharamkan Disk Defragmenter.
Bila ? Apabila korang guna hard disk yang tak guna spinning block. Contohnya SSD atau lebih dikenali sebagai Solid-State drive. Ni sebab, hard disk jenis macam ni tak guna block untuk simpan data, dia simpan guna semi-conductor. Jadi maknanya, data tak akan scattered walaupun tak defrag.
Hal yang berkaitan dengan topik ini,
HDD vs SSD
How SSD works
FRIENDS. BATCH '97 (PART 2)
Assalamualaikum.
Aku baru je habis tanam sayur kat belakang rumah ni, tu yang terus update blog ni. Seperti yang dijanjikan, sekarang tiba giliran aku describe pasal classmate perempuan aku pula. Dari tadi aku fikir, nak describe pasal sape dulu eh ? Biarlah aku describe bermula dari yang aku rasa special. Siapa ? Adik aku ler,
![]() |
| Erra |
![]() |
| Tasha aka Chacha aka Pucubelle aka Sepet aka Meow |
![]() |
| Alusia aka Noob |
![]() |
| Ani, my Master |
FRIENDS. Batch '97
Assalamualaikum.
Setelah sekian lama meninggalkan sekolah, aku mula teringat kenangan-kenangan silam semasa keberadaan ku di sekolah.
La sangat, baru je 2 hari tinggalkan sekolah, tapi hati dah rasa rindu nak jumpa classmate. Uwaaa, sedih la juga. Memandangkan 2 hari ni aku bosan sangat. Jadi aku nak ambil sedikit masa untuk describe pasal korang eh ? Boleh kan ?
Kita mula dengan siapa eh ? Siapa yang nak dulu ? Hahaha... Aku mula dengan orang paling rapat dengan aku la and off course mula dengan lelaki dulu. Senang nak describe sikit.
![]() |
| Brotherhood |
![]() |
| Kumbang Tai aka Paipai |
![]() |
| Ijaz atau ? Piglet kot |
![]() |
| Al-Lando aka Model |
![]() |
| Ridzqin aka Eqin aka Eqin Gatar 1000 |
![]() |
| Adib aka Penceramah |
![]() |
| Azfi |
Mana perempuan? Perempuan nanti, biar lelaki dulu. Biar kita pisahkan lelaki dan perempuan, baru lawa sikit. Pedahal, kat atas dah ada gambar perempuan. Bersabarlah wahai kaum hawa. Nanti tiba turn kamu. Rileks~
'Steins;Gate' : Review
Hi korang, cuti ini mesti nak cerita best kan ? Aku ada afew cerita yang agak merangsangkan. Salah satunya ialah yang ni. Aku ni jenis yang pantang tengok video yang tak HD macam 360p, 480p. Selalunya aku layan 720p/1080p je. Yang ni, cerita science fiction pasal time machine. Cerita ni ada 25 episode + 1 OVA(Original Video Animation). Nak cerita sikit pasal movie ni..
Awalnya, aku tengok movie ni memang aku tak paham, sebab movie flow dia memang slow. Pastu aku tabahkan jiwa untuk tengok lagi sampai episode 6. Masa ni, aku dah macam makin tertarik dengan movie ni. Movie ni mengisahkan tentang seorang scientist yang berjaya discover time machine, Okabe Rintarou. Dia ada seorang rakan yang dia dah anggap macam adik sendiri, Mayuri & seorang pakar komputer, Daru. Diorang ni bekerjasama nak cipta alatan baru di makmal diorang. Kadang-kadang alatan yang diorang cipta ni, menda-menda yang mengarut.
Tapi tibanya hari dimana dia tengok seseorang terbunuh, iaitu Kurisu. Dia hantar pesanan ringkas (SMS) kepada rakannya, Daru yang masa tu tengah menyimpan telefonnya kat Microwave. Start dari hari tu, semua berubah dan diorang berjaya discover sebuah Microwave yang boleh hantar pesanan ringkas ke masa lalu.
Hari demi hari, member diorang makin banyak. Daripada 3, jadi 8 orang semuanya. Dengan bantuan Kurisu, mereka berjaya mencipta mesin masa. Tetapi dunia menghadapi bencana pada masa hadapan dan cubaan membunuh mereka dari masa hadapan dibuat oleh persatuan yang bernama SERN.
Untuk cerita yang lebih lanjut. Korang tengok la sendiri k ? Nak kata best, memang best. Kita rasa macam kita ni ada ilham nak mencipta mesin masa walaupun itu hanya khayalan.
![]() |
| Mayuri, Okabe, Daru |
![]() |
| Okabe Rintarou |
![]() |
| Okabe, Kurisu |
![]() |
| Makise Kurisu |
![]() |
| Daru, Okabee, Kurisu |
It's our last school day
Kalau dulu, sebelum tibanya hari ini. Semuanya menanti, tapi lepas tibanya hari yang ditunggu-tunggu, berat rasa hati ingin meninggalkan sekolah. Sedangkan tempat yang jauh lagi dirindu, ini kan pula tempat menimba ilmu.
Teringat kembali kenangan dulu-dulu, puas didenda. Asal datang saja, mesti lambat. Masa tingkatan 4, awal sikit. Tapi suda jadi senior, lambat. Hampir setiap hari lambat. Berapa ribu kali e-Disiplin ku ah. Tapi semua itu ialah kenangan paling teringah dalam hidup ku.
Kalau cakap pasal planning lepas SPM, ermm.. I still haven't think of about it yet. Cuma sekarang ni planning mau mengusahakan tanah beliau. Manatau membuahkan hasil yang lumaian kan ? Rezeki ada di mana-mana. Tapi, memandangkan banyak movie yang best-best, masa ni la paling sesuai mau melayan sampai pagi.
Masa hari-hari terakhir ani, baru kitani macam tercari-cari dengan kawan yang dulunya kitani buli, tatak, terajang, bunuh, eh takda la sampai bunuh. Kalau sekampung, nda apa la. Tapi yang nda sekampung ni yang susah mau dijumpa. Jangan-jangan kahwin uda kan, mun ada yang suda kahwin, jangan segan-segan mau menjemput nanti k?
Ni ada sedikit gambar untuk dijadikan tatapan kitani masa kitani tua nanti.
![]() |
| Dari Kiri: Tasha and Adib |
![]() |
| Dari kiri: Pai, Lando, Felicia, Yayah, Erra, Giraa, Zul |
![]() |
| Dari kiri: Ani, Alus, Girah, Pai, Damit |
![]() |
| Cehh, senyuman behagiaan. |
![]() |
| Dari Kiri: Vannesa, Girah, Alus |
![]() |
| Geng motor. Vroooommm... |
![]() |
| Dari kiri : Lando, Pai, Zul, Dib |
![]() |
| Dari kiri: Jaz, Vanessa |
![]() |
| Dari kiri : Jaz, Alus |
![]() |
| Dari Kiri: Alus,Girah, Erra |
![]() |
| Eqin, Lando |
![]() |
| Jaz n Girah |
![]() |
| Alusia, Pai |
![]() |
| Lando aka Model |
![]() |
| Kami berdua , (Zul / Erra) |

















































